Powered By Blogger

Saturday 14 May 2016

baik kan Allah? ^_^

dulu kan ada akak ni dia cakap kat aku. cuba try dalam sehari tu kau ''communicate" dengan Tuhan.
alahh bukan solat yang selalu kita buat, bukan doa selepas solat tu. ni lain, contohnya :

" ya Allah harini aku penat sangat.."
" terima kasih ya Allah sebab harini kau bagi aku makan nasi putih ngan kicap"
" ya Allah harini aku kena marah dengan lecturer.."

maybe benda ni nampak simple. tapi aku dah try, n aku rasa kesannya bila buat camtu. bila aku dapat sesuatu, terus ucap terima kasih kat Allah. n apa yang aku dapat Allah gandakan lagi rezeki aku lepastu. wallahi aku tak tipu.

Allah pernah berfirman:
 " Dan (ingatlah) ketika Tuhan memaklumkan, " Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku akan menambahkan ( nikmat ) kepadamu.."

Tuhan ni kalau Dia nak kabulkan doakan kau, sekejap je. Cuma kita ni kena selalu minta. Apa2 pun minta lah pada Allah dulu. 

pernah aku terdetik masa tu aku cakap dalam hati, '' ya Allah laparnya..''. tak lama lepas tu kawan aku offer makanan kat aku. see? yela mybe kau nampak mende tu remeh. tapi aku rasa terharu sangat bila Allah dengar isi hati aku n terus bagi rezeki kat aku.



wisdom of the day~

letih kan hidup? kadang terfikir la jugak kenapa aku hidup, sedangkan setiap hari hidup kita akan ditimpa masalah.

lately kan aku rasa banyak sangat Allah ajar aku erti kehidupan. Banyak sangat benda yang membuatkan aku terharu. Allahu. 

saat aku tade tempat dah nak mengadu, disitu ada Allah yang sentiasa mendengar, disitu ada Allah yang sentiasa mengetahui peritnya hati ini. yes aku akui kadang aku ada je mengeluh. aku cakap aku penat. penat dengan ujian yang Dia bagi. tapi aku lupa ada insan yang lebih parah dari aku.

semua ni mengajar aku erti kebergantungan pada Allah. satu je kita kena pegang, selalu lah bersangka baik pada Allah. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. yes mybe kita tak nampak lagi apa hikmahnya. tapi percayalah once kau dah nampak, kau akn rasa indahnya ujian.

kadang aku tak sangka aku boleh hadapi semua ni. benarlah firman Allah: 
'' Allah takkan uji hambaNya dengan apa yang dia tak mampu.."

carilah secalit hikmah daripada apa yang berlaku. ada ''sesuatu" yang Allah tengah ajar kita. ujian itu mematangkan bukan melemahkan. stay strong guys! tade masalah yang tade solutionnya. mintalah padaNya, insyaAllah Dia kabulkan.


***




Monday 15 February 2016

Istikharah Cinta

Tuhan, 
andai ini yang kau mahukan,
redhakan aku untuk teruskan,
andai ini yang kau berikan,
anugerahkanlah aku kekuatan,
untuk aku berhadapan,
dengan segala rintangan.

Tuhan,
cuma redhaMu yang kupinta,
cuma kasihMu yang ku damba,
jauhilah hatiku daripada hiba,
yang tak jemu- jemu melanda.

Tuhan,
tunjukilah aku jalan,
beri aku harapan,
ku yakin hanya dariMu Tuhan,
membuatkan aku terus dapat bertahan.

Tuhan, 
jauhilah aku dari seksaMu,
dekatkan aku dengan rahmatMu,
sungguh ku tak jemu meminta dariMu,
kerna ku yakin hanya Engkau yang Maha Satu.

16/02/2016
selasa
0528 am

Friday 11 December 2015

Jiwa

bukan ini yang aku inginkan,
bukan ini yang aku idamkan,
terasa manis di luaran,
menyiksa jiwa secara diam.

tolong aku tuhan,
tunjukkan aku jalan pulang,
beri aku kekuatn,
untuk terus dan terus bertahan.

kau sememangnya mengerti,
apa yang tersirat dihati,
cuma satu yang ku hajati,
gantikan hati ini yang sudah lama mati.

1846 pm
191115
khamis


Wednesday 21 October 2015

Momento Ukhwah Kami

Langit indah menjadi saksi,
saat pertemuan kita pertama kali,
tidak akanku lupa walau sekali,
malah sentiasa tersemat dihati.

Hari2 mendatang aku bersamamu,
tak pernah aku berasa jemu,
malah aku sentiasa menunggu,
khabar suka duka darimu.

Namun kini saat itu menjadi kenangan,
memori indah yang tak akan pernah padam,
tak akan ada yang bisa menggantikan,
ukhwah fillah yang kita jalinkan.

khamis
011015
0150pm


I'll be missing them for all day long. Fi hifzillah.

Monday 21 September 2015

Gula2 kapas

sungguh indah saat itu,
tiada yg dapat menandinginya,
sungguh manis terasa ukhwahnya,
namun adakah kau juga begitu?
 
teman,
aku sayang kau kerana Tuhan,
jangan biarkan cinta kita kosong tanpa tujuan,
kerana itu aku selalu mendoakanmu,
agar sama2 kita semaikan,
ikatan cinta yg berpanjangan.
 
sahabat,
ayuhla sma2 kita tunaikan,
perintah Tuhan yg tak pernah padam,
semoga kita terus berlari,
mencari cinta dan redha Ilahi.
 
130915
0825am
ahad

Wednesday 16 September 2015

Perpisahan

Saat itu aku tiada lagi,
Saat itu kau berlalu pergi,
Biarla masa yang menentukan nanti,
Bilakah pula bersua lagi?

Andai takdir menentukan,
Aku dulu dijemput Tuhan,
Aku yakin wahai teman,
Akan kau doakan aku aman.

Perlukah ada perpisahan,
Sedang ia sakit untuk dihadapkan,
Perlukah ada rasa keraguan,
Jika benar cinta kita kerana Tuhan.

Walau dimana saja nanti,
Jangan kau lupa pesan Ilahi,
Jaga diri wahai akhi wa ukhti,
Semoga bertemu di syurga firdausi.

0717am
170915
Khamis