Powered By Blogger

Tuesday, 31 March 2015

Ujian

kadang terasa penat bila diuji,
bagai gunung menghempap diri,
kerna hikmahnya tak pernah kita mengerti.

kadang terasa terlalu banyak ujian,
selalu kita sambut dengan seribu keluhan,
kerna lupa kita berTuhan.

kadang terasa hati terlalu sempit,
dek masalah yang datang menghimpit,
hakikatnya ujian itu terlalu sedikit.

namun semua itu adalah pembangkit diri,
sebagai peringatan untuk nikmat,
yang tak pernah kita syukuri.

kerna Tuhan itu sebaik-baik perancang,
untuk masa depan yang tidak pernah kita sangkakan,
untuk kebahagian yang tak pernah kita jangkakan.

selasa
310315
0626 pm

Thursday, 26 March 2015

Gain More By Giving

Malam tadi baru balik talk by IM Najdi,
Gain more by giving,
Teringat satu kisah yang pernah sy alami sendiri,

satu malam,sedang saya beratur nak isi air,ada sister kat depan saya ni bersama kawan dia sorang , nak jadikan cerita, duit seposen terakhir dia kena telan dengan mesin air tu.so, apa lagi, gelabah dia dibuatnya.

"eh,ko ad duit tak?''.tanya sis tu kat kawan dia.
kawan dia seluk saku , ''sorry tak de''

saya pun tanpa fikir panjang, bagi je la seposen saya kat sis tu.
lepas tu  tak tahu la sis tu eksaited semacam je.

n then,sis tu terus angkat tangan seakan2 berdoa,

''semoga awk murah rezeki,dapat 4 flat, dan dalam focus dalam kelas''

saya tergaman dan terharu saat tu.saya terus aminkan aje doa sis tu.
tambahnya lagi

''awk kena yakin tu!!''
fuhh, dia pulak semangat.

***

nak jadikan cerita,
esoknya ,nak kata doa sis semalam tu dikabulkan Allah.
sy dapat offer jubah free dari hamba Allah ni yang selalu bersedekah, baik orangnye,
jubah tu mahal n sy sebagai student tak mampu pun nak beli.

Alhamdulillah.sungguh tidak pernah miskin orang yang selalu bersedekah.
yang penting itu ikhlas,nilai bukan menjadi ukuran.

sedekah itu luas konsepnya,
yang paling mudah itu senyum ^_^

Bangkit

tewas,
aku tewas kembali,
dalam mencari redha illahi,
kerna syurga itu bukan mudah untuk dimiliki,

rebah,
yang selalu membuatku lelah,
tapi sangat ku ingin berubah,
sungguh ia bukan mudah,

Allahu,
asyik ku resah entah sampai bila,
dengan dosa-dosaku yang tak terkira,
kerna syaitan itu tak pernah putus asa,
matlamatnya itu manusia tergoda sejak dari mula.

sakit,
ya Allah sakitnya itu sungguh perit,
aku terteksa batinku menjerit,
seakan diri ini tidak pernah serik,
kerna hasratku ingin selamanya bangkit.

rindu,
doaku padaMu dalam sendu,
akanku pinta dariMu,
tanpa rasa jemu,
agar dikuatkan hatiku,
dengan dugaan yang datang bertalu-talu.

jumaat
0749 am
250315

Tuesday, 24 March 2015

foreword

Assalamualaikum w.b.t,

In the name of Allah The Most Gracious The Most Merciful,

i'm not a angel, just try to be a good muslimah,
i'm trying, to writing for Islam. 




the burden~

Ya Allah Ya Tuhanku, 
terima kasih atas nikmatMu..
Sungguh indah percaturanMu,
Kau mengujiku dengan sekelumit masalah,
Namun Kau gantikan ia dengan segunung kebahagiaan kepadaku,
Hati ini disambut lembut olehMu tatkala hilang kekuatan yang pernah ku miliki dulu,
Aku akui aku tak berdaya untuk terus melayari kehidupan ini berseorangan,
Saat hatiku bagaikan dihempap oleh segunung musibah,
Kau setia ada disampingku,
Kau berikanku satu kekuatan yang luar biasa,
Kau terus memujukku untuk terus bersabar,
Sesungguhnya sabar itu nikmat.
Syukran Ya Rabb.