Powered By Blogger

Monday, 21 September 2015

Gula2 kapas

sungguh indah saat itu,
tiada yg dapat menandinginya,
sungguh manis terasa ukhwahnya,
namun adakah kau juga begitu?
 
teman,
aku sayang kau kerana Tuhan,
jangan biarkan cinta kita kosong tanpa tujuan,
kerana itu aku selalu mendoakanmu,
agar sama2 kita semaikan,
ikatan cinta yg berpanjangan.
 
sahabat,
ayuhla sma2 kita tunaikan,
perintah Tuhan yg tak pernah padam,
semoga kita terus berlari,
mencari cinta dan redha Ilahi.
 
130915
0825am
ahad

Wednesday, 16 September 2015

Perpisahan

Saat itu aku tiada lagi,
Saat itu kau berlalu pergi,
Biarla masa yang menentukan nanti,
Bilakah pula bersua lagi?

Andai takdir menentukan,
Aku dulu dijemput Tuhan,
Aku yakin wahai teman,
Akan kau doakan aku aman.

Perlukah ada perpisahan,
Sedang ia sakit untuk dihadapkan,
Perlukah ada rasa keraguan,
Jika benar cinta kita kerana Tuhan.

Walau dimana saja nanti,
Jangan kau lupa pesan Ilahi,
Jaga diri wahai akhi wa ukhti,
Semoga bertemu di syurga firdausi.

0717am
170915
Khamis