Powered By Blogger

Sunday, 30 August 2015

Hadafku

Pernah aku terfikir,
Utk apa aku hidup,
Kalau hanya cuma,
Utk hidup semata2.

Hari demi hari,

Aku melaluinya sendiri,
Namun aku rasa ia tiada erti,
Seakan ada sesuatu yang aku ingkari.

Aku tak tenang,

Mengenangkan masaku yang terbuang,
Ingin ku ulang,
Andai aku diberi peluang.

Namun hakikatnya,

Ia sekadar penyesalan,
Tak akn pernah mampu aku putarkan,
Utk kembali ke masa silam.

Kini ku tahu,

Aku hidup berpandukn wahyu,
Bukan hanya kerana nafsu,
Tapi ad matlamat yg harusku tuju.


0445am

280815
Jumaat

Saturday, 8 August 2015

Buat aku pendosa

Seringkali kau kata,
Aku ingin berubah,
Namun kata itu,
Hanya mampu kau ulang,
Kau ulang dan ulang.

Hingga kau rasa,
Tiada tempat lagi utk kau disisiNya,
Tapi kau lupa satu benda,
Tuhan tu tak pernah tidur,
Tuhan tu tak pernah lelap.

Walau kau rasa tak layak utk berubah,
Tapi ingatlah pintu taubat itu,
Sentiasa ada utk kau yg pendosa.

ahad
00:58
090815