Powered By Blogger

Thursday, 16 April 2015

panadol mujahadah

kau tahu?
jalan ini bukan senang, 
jalan ini bukan aman,

susah bila mad'u kau tak 
menyahut seruanmu,
perit bila kau diuji.

jangan kau sedih,
jangan kau lemah,
Allah ada bersama kau,
jangan pernah lupa itu.

tapi,
kau tahu?
jalan ini sungguh indah,
jalan ini sungguh manis,

indah tatkala kau rasa 
Dia sentiasa ada untuk kau.
manis bila kau sama2 berjuang
dijalanNya.

semoga kau thabat di jalanNya,
hingga kau dapat gapai syurgaNya,

jumaat
170415
0812 a.m

Saturday, 11 April 2015

Kau, aku & Dia

teringat saat kita mula bertemu,
kau senyum padaku,
terserlah keikhlasannya itu,
membuatkan aku senang denganmu.

saat itu bermulalah kisah kita,
dimana terjadinya sebuah cerita,
di medan untuk menggapai cita2,
demi membahagiakan ibubapa tercinta.

semakin hari aku mengenalimu,
semakin aku tertarik denganmu,
kau sungguh kaya dengan ilmu,
menyebabkan ramai yang menyenangimu.

walau kau tak sama denganku,
kau dengan medanmu,
aku dengan medanku,
tapi hadaf kita hanyalah satu.

kau selalu kata,
kita adalah sama,
dalam meraih cinta Dia,
agar kita sama2 ke syurgaNya.

saat rebahku,
kau selalu sedia untukku,
menghadapi segala perit,
membantuku untuk terus bangkit.

kau dan aku dipertemukan,
agar cinta Dia dapat kita semaikan,
agar dapat kita sama2 raikan,
disyurga nanti yang mendamaikan.

sabtu
110415
0402 pm

Saturday, 4 April 2015

Benarkah cintamu

jika benar cintamu itu,
berteraskan cinta Ilahi,
bimbinglah daku ke jalan yang diredhai.

jika benar cintamu itu,

bangunkan aku saat rebahku,
aku perlukanmu,
untuk bangkitkan semangat ku.

sahabat,

jika benar cintamu itu,
tegurlah daku,
andai aku tersilap langkah,
sungguhku tak tahu,
apa kesalahanku.

sahabat,

jika benar cintamu,
izinkan aku untuk paut tanganmu,
sama2 kita menuju syurga firdausi.

sahabat,

jika benar cintamu itu,
temanilah aku,
dalam mengharungi jalan ini,
sungguhku tak kuat sendirian.

sahabat,

jika benar cintamu itu,
moga Tuhan permudahkan,
segala urusan,
dalam susah atau senang.

ahad

050415
1204 am

Alpa

kadang kau rasa tak berdaya,
kau lemah tanpaNya,
hanya tangis dan doa  dapat kau luahkan padaNya.

kau tak bisa sendirian,
kau merayu padaNya,
diterangi hatimu dengan cahaya imanNya.

dilindungi hati dari lalai mengingatiNya,
diingatkan selalu akan suruhanNya,

kadang kau alpa,
kau gagal menjadi hamba yang taat setia,
yang kau hanyalah kesedihan dan kekecewaan yang teramat.

jiwa kau merana,
terasa bagai hidup ini sia2.

kau mahu hidupmu yang dulu,
Allah sibukkan kau dengan urusan agama,
mungkin salau kau tak menghargai ruang dan peluang.

semoga Allah ampunkan dosa2 yang lalu.

ahad
050415
1155 am

Friday, 3 April 2015

Sendiri

pernah kau rasa lemah bila sendiri,
rasa lelah menyelubungi diri,
saat kau berjuang di jalan ini,
hanya untuk meraih redha Illahi.

kau perlukan kekuatan,
untuk terus perjuangankan,
syiar islam yang semakin tenggelam.

kau perlukan sahabat,
untuk kau terus kuat,
untuk kau terus thabat,
agar Islam sentiasa selamat.

sedarlah wahai teman,
kau tidak mampu sendirian,
untuk teguhkan pendirian,
dalam mencapai matlamat yang diimpikan.

sebab itu Allah berfirman,
sungguh dia suka akan,
hambaNya berjuang  dalam barisan,
seakan2 bangunan yang tersusun kukuh.

sabtu
0711am
040415